My Add

Friday 27 January 2012

Keputusan kes Ling Liong Sik ditangguh 9 Mac depan


BEKAS Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dikerumuni jurugambar sejurus keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bagi keputusan kes pertuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). - Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Jaanuari, 2012: Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan keputusan kes bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik pada 9 Mac depan atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun membabitkan pembelian tanah di Pulau Indah Klang, 11 tahun lalu. 

Hari ini mahkamah sepatutnya memutuskan sama ada beliau diarah membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan berkenaan. Bagaimanapun, mahkamah sebentar tadi membuat penangguhan berikutan hakim memerlukan masa untuk menyiapkan keputusan.

Perbicaraan bermula 1 Ogos lalu dengan memanggil 25 saksi memberikan keterangan, termasuk bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Effendi Norwawi; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop serta bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), OC Phang. 

Pada 29 Julai 2010, Liong Sik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek 'Mega Distribution Hub' yang kini dikenali Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). 

No comments:

Post a Comment