My Add

Saturday 21 January 2012

Markas GRO warga asing di Georgetown diserbu, 8 ditahan

GEORGETOWN, SABTU, 21 Januari, 2012: Polis menyerbu sebuah kondominium mewah yang dijadikan tempat persembunyian sekumpulan pelayan pelanggan (GRO) di Jalan Persiaran Gurney, di sini dan menahan lapan wanita rakyat asing, Khamis lalu. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitendan Ahmad Baktiar Kassim, berkata hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan anggota polis dari Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menyerbu kondominium berkenaan pada jam 5 petang.

"Semasa serbuan lapan wanita terbabit bertindak menyembunyikan diri di dalam bilik kondominium berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua wanita yang ditahan itu berusia antara 20 dan 30 tahun dan dipercayai mereka bekerja sebagai GRO di sebuah pusat hiburan mewah di sini. 

Ahmad Bakhtiar berkata, siasatan awal mendapati dua daripada mereka yang ditahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri manakala yang lain masuk ke negara ini menggunakan pas perjalanan sosial. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment