My Add

Friday 20 January 2012

Najib turun padang tinjau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpu


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa melawat Pasar Pagi Teratai Mewah Setapak sempena program turun padang Perdana Menteri ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini. - Foto Effendy Rashid


KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Januari, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan memulakan kunjungan ke kawasan Parlimen Wangsa Maju.

Tinjauan pertamanya, Perdana Menteri ialah ke Pasar Basah Teratai, Wangsa Maju.

Ketibaan beliau pada 9.20 pagi disambut oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan timbalan menteri, Datuk M. Saravanan.

Walaupun hujan renyai, pengunjung pasar itu terutama kaum Cina yang sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada Isnin ini, turut berbaris menyambut ketibaan Perdana Menteri, serta mengambil peluang untuk bersalaman dengan beliau.

Antara atur cara lain Najib ialah melawat Kampung Puah Lembah di Jalan Gombak yang merupakan sebuah perkampungan tradisi yang masih mengekalkan cara hidup, budaya dan adat masyarakat Melayu, di tengah-tengah arus pembangunan kota raya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment