My Add

Friday 6 January 2012

Ng Yen Yen nafi ramai ahli wanita MCA keluar parti

MELAKA, JUMAAT, 06 Januari, 2012. - Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen menegaskan khabar angin kononnya ramai ahli Wanita MCA keluar parti merupakan fitnah yang sengaja dilemparkan pembangkang untuk memburukkan parti itu.

"Tiada ahli Wanita keluar parti, namun ia merupakan hak individu untuk meninggalkan parti sekiranya mereka berasa tidak gembira atau tidak lagi mampu memberi sumbangan kepada parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Tahun Baru Cina di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin berhubung ramai anggota Wanita MCA keluar parti kerana didakwa tidak puas hati dengan kepimpinan tertinggi parti.

Beliau berkata, pada tahun lepas, parti menerima sebanyak 35,000 permohonan ahli baru dan ini cukup membuktikan kepercayaan masyarakat terhadap kepimpinan MCA.

Beliau berkata, seluruh ahli parti fokus dengan perjuangan parti dan berusaha memperkukuhkan kedudukan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang MCA juga kini dalam proses menerapkan ilmu politik baru di kalangan ahlinya bagi menghadapi senario politik yang mencabar dan penuh fitnah pada masa ini, katanya.

"Politik dahulu berbeza dengan sekarang... politik hari ini banyak berunsurkan penipuan dan fitnah seperti yang diamalkan oleh parti pembangkang,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment