My Add

Tuesday 3 January 2012

P1 siap sedia bagi IPv6 menjelang akhir 2012

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 Januari, 2012: Packet One Networks (M) Sdn Bhd (P1) menjangka sudah bersedia bagi IPv6 (Protokol Internet versi 6) menjelang akhir 2012 bagi menghadapi kehabisan alamat Internet IPv4. 

Dalam satu kenyataan hari ini, P1 berkata, ia sudah pun menyelesaikan fasa dua daripada tiga fasa pelaksanaan pematuhan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Lai, berkata persediaan P1 mengenai pematuhan bermula beberapa bulan yang lalu.

"Sistem sokongan kami sudah pun patuh IPv6 sepenuhnya. Fasa ketiga sudah pun berada di peringkat akhir pelaksanaan dan patuh peranti pengguna akhir," katanya. 

Lai berkata, IPv6 diperlukan untuk menyokong pertumbuhan penggunaan Internet yang pantas dan ledakan produk tanpa wayar, perkhidmatan berkualiti, ciri keselamatan terbina, pergerakan yang lebih bebas dan keperluan bagi mewujudkan lebih banyak alamat IP untuk mempermudah penggunaan yang lebih meluas. 

"Pertumbuhan Internet mewujudkan keperluan bagi alamat yang lebih banyak daripada yang mungkin diadakan dengan IPv4," tegas beliau. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment