My Add

Tuesday 24 January 2012

PAC masih belum terima laporan Perhutanan Perak

IPOH, SELASA, 24 Januari, 2012: Jawatankuasa Kira-Kira Wang negeri Perak (PAC) masih belum menerima laporan mengenai penerokaan haram Hutan Simpan Kekal Chikus di Teluk Intan yang membabitkan kawasan tanah lebih 4,000 hektar, kata Pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

"Sehingga kini kita masih belum menerima sebarang laporan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNP). PAC akan membuat semakan di Jabatan Audit sama ada mereka telah menerima laporan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, perkara itu dianggap serius kerana membabitkan agensi kerajaan akan dibincangkan dalam mesyuarat pertama PAC tahun 2012 pada hujung bulan ini.

Beliau berkata, JPNP tidak seharusnya membisu berhubung perkara itu kerana ia membabitkan kawasan Hutan Simpan Kekal dan sebarang penerokaan untuk tanaman tidak boleh dilakukan di dalam kawasan berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment