My Add

Wednesday 25 January 2012

Permohonan pendakwa jadikan saksi berpaling tadah ditolak

SHAH ALAM, RABU, 25 Januari, 2012: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan pendakwaan dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain untuk menjadikan saksi mereka sebagai saksi berpaling tadah.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan tidak mempunyai asas untuk menyokong permohonan untuk menjadikan saksinya yang ke-89 iaitu R.Vakason, 20, sebagai saksi berpaling tadah.

Dalam penghakimannya Akhtar berkata, beliau bersetuju dengan Peguam Manjeet Singh Dhillon, yang mewakili tertuduh pertama N. Pathmanabhan, bahawa pendakwaan perlu mempunyai asas untuk menyokong permohonan itu.

Akhtar berkata, beliau juga tidak nampak sebarang tindakan yang boleh disifatkan sebagai berpaling tadah dilakukan saksi berkenaan terhadap Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff.

Terdahulu, Ishak mengemukakan permohonan itu mengikut Seksyen 154 Akta Keterangan atas alasan keterangan Vakason tidak memihak kepada pendakwaan. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment