My Add

Tuesday 10 January 2012

Pindaan Akta Pertahanan Awam dibentang di Parlimen

SEREMBAN, SELASA, 10 Januari, 2012: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Pertahanan Awam 1951 bertujuan memantapkan lagi akta tersebut, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Katanya, ini supaya akta itu diperkemaskan lagi terutama dari segi tugas-tugas dan bidang kuasa menteri, ketua pengarah dan juga anggota pasukan pertahanan awam.

"Dulu memang ada, tapi sekarang ini kita hendak perkemas dan perjelaskan lagi. Mengikut perancangan pindaan akta ini akan dibentangkan di Parlimen pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan 71 buah pelbagai kenderaan operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pemakaian pangkat pegawai JPAM di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah JPAM, Datuk Sulaiman Keling. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment