My Add

Saturday 7 January 2012

PM temui pegawai, kakitangan agensi persekutuan di Selangor


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan orang ramai ketika hadir ke program bersama warga industri di semua sektor di Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam, hari ini. - Foto Osman Adnan


SHAH ALAM, SABTU, 07 Jaanuari, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini, mengadakan perjumpaan tertutup dengan 3,000 pegawai dan kakitangan agensi persekutuan di Selangor sempena program nurani rakyat selama dua hari di negeri itu. 

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor tiba di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini pada jam 8.30 pagi dan mengambil masa kira-kira sejam setengah menyampaikan amanat beliau kepada penjawat awam berkenaan.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar serta barisan kepimpinan parti komponen BN Selangor.

Perdana Menteri kemudiannya menghadiri program bersama warga industri di semua sektor di Pusat Kecemerlangan Proton, di sini, yang dihadiri kira-kira 20,000 orang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment