My Add

Thursday 5 January 2012

Projek RTS JB-Singapura libatkan jalan bawah tanah

PUTRAJAYA, KHAMIS, 05 Januari, 2012: Datuk Seri najib Tun Razak berkata Malaysia dan Singapura kini sedang mengkaji kemungkinan mengembangkan skop cadangan Sistem Transit Pantas (RTS) antara Singapura dan Johor Bahru yang akan turut memasukkan hubungan jalan bawah tanah antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata, satu kajian telah ditauliahkan bagi mendapatkan opsyen paling berdaya maju bagi projek RTS itu, yang disasarkan beroperasi menjelang 2018.

Beliau berkata demikian semasa bercakap pada sidang media bersama yang diberikan bersama dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong selepas Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di sini hari ini.

Para pegawai kedua-dua negara turut mengkaji amalan terbaik antarabangsa bagi melaksanakan dwisistem Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang terletak berhampiran bagi melengkapi hubungan RTS, demikian menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh kedua-dua kerajaan pada majlis itu hari ini.

Kedua-dua negara, melalui Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia akan turut meneroka kemungkinan mewujudkan perkhidmatan feri dan teksi air sebagai satu lagi cara pengangkutan antara kedua-dua negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment