My Add

Thursday 26 January 2012

Raja Permaisuri Agong terima DMN


RAJA Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah (kanan) berkenan menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) daripada kerajaan Malaysia yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sambil diperhatikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 Januari, 2012: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) daripada kerajaan Malaysia. 

Majlis pengurniaan itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Bilik Seri Mahkota, Istana Negara, kira-kira jam 3 petang.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah turut berkenan berangkat pada majlis pengurniaan darjah kebesaran tersebut.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment