My Add

Thursday 19 January 2012

Sabah serius tangani masalah pati yang tidak berkesudahan


KOTA KINABALU, KHAMIS, 19 Januari, 2012: Kerajaan Sabah komited dan serius untuk menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak berkesudahan di negeri ini.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, usaha membanteras dan membasmi masalah PATI akan dipertingkatkan melalui pelbagai operasi mengesan PATI di Sabah.

"Pelaksanaan program 5P di Sabah telah memasuki tahap penguatkuasaan dan agensi penguatkuasaan akan meningkatkan usaha membasmi masalah PATI secara berterusan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah di sini, hari ini.

Musa berkata, kerajaan negeri juga turut memberi perhatian dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengawasi perairan Sabah daripada pencerobohan oleh anasir yang tidak bertanggungjawab, sekali gus mengekalkan kedaulatan negara agar terus terpelihara. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment