My Add

Thursday 26 January 2012

SKM batal penubuhan lebih 50 koperasi

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 26 Januari, 2012: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membatalkan pendaftaran lebih 50 koperasi bermasalah di seluruh negara sepanjang tahun lalu kerana terlibat dengan pelbagai masalah, termasuk penyelewengan.

Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Yusuf Samsudin berkata pada 2010, 83 koperasi dibatalkan pendaftarannya.

Antara sebab tindakan itu diambil ialah kerana pengurusan yang tidak komited dengan tidak mengadakan mesyuarat agung serta tidak mengaudit akaun lebih daripada tiga tahun serta tidak melaksanakan apa-apa aktiviti, katanya.

"Ada juga kes-kes penyelewengan dan salah laku, namun jumlahnya tidak banyak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Seminar Hala Tuju Sektor Koperasi Negeri Terengganu di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment