My Add

Thursday 5 January 2012

Tiada pelajar Malaysia terbunuh di New Jersey

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 Januari, 2012: Tiada pelajar Malaysia yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di New Jersey, Amerika Syarikat, kelmarin.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, hanya seorang pelajar Malaysia yang terlibat dalam kemalangan tersebut iaitu Hennis Tung yang menuntut di Universiti Ohio.

''Beliau kini dirawat di Hospital Robert Johnson, Rutgers, New Jersey dan dilaporkan dalam keadaan stabil,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau mengulas laporan Bernama yang memetik laporan daripada akhbar The Republic yang berpejabat di Indiana, Amerika Syarikat yang mendakwa seorang pelajar Malaysia terbunuh manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya di negara tersebut.

Menurut Anifah, pihak Konsulat Jeneral Malaysia di New York telah memberi bantuan kepada pelajar dan keluarga mangsa serta diarahkan untuk memantau keadaannya dari semasa ke semasa.

Jelas beliau, abang Hennis yang juga merupakan penuntut di universiti itu telah dihubungi dan turut memaklumkan bahawa ibu bapa mereka akan tiba di Amerika Syarikat hari ini.

"Pihak Konsulat Jeneral Malaysia akan memberi bantuan logistik kepada ibu bapa pelajar tersebut," jelasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment