My Add

Friday 27 January 2012

UM, UKM, USM, UPM diberi kuasa autonomi

thumbnail
PUTRAJAYA, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Empat lagi universiti hari ini diberi kuasa autonomi oleh Kementerian Pengajian Tinggi menjadikan lima universiti kesemuanya memiliki kelebihan itu ke arah meningkatkan kecemerlangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Universiti terbabit adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), sementara Universiti Teknologi Malaysia menjadi IPTA pertama diberi kuasa autonomi awal bulan ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dengan adanya kuasa autonomi, IPTA berkenaan bukan sahaja boleh menentukan arus tadbir dan menjana kewangan sendiri, malah meliputi pengurusan sumber manusia, pengurusan akademik serta kemasukan pelajar.

"Dengan autonomi penuh ini, pihak universiti tidak ada alasan lagi untuk tidak cemerlang. Kita sudah bagi mereka kebebasan dalam menentukan urus tadbir universiti masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Tahun Baru kementerian itu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam. -UTUSAN


No comments:

Post a Comment