My Add

Saturday 16 February 2013

10 Pusat Transformasi bandar dijangka siap sebelum akhir tahun

IPOH, SABTU, 16 Februari, 2013: 10 Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang dirancang dibina di ibu negeri seluruh negara akan disiapkan sebelum akhir tahun ini.

"Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata 10 UTC itu adalah baki daripada 13 kemudahan berkenaan yang dirancang mahu dibina oleh kerajaan bagi memudahkan rakyat berurusan dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

"Bagi UTC ini, kita rancang mewujudkan 13 semuanya di setiap ibu negeri. Tiga sudah selesai iaitu Kuala Lumpur, Melaka dan Perak, tiga lagi kita sudah kenal pasti bangunan iaitu Kuantan (Pahang), Johor dan Sabah.

"Bagi Kedah, pula kita sedang kenal pasti bangunan sesuai manakala yang lain kita sudah meminta pihak negeri supaya cepat mengenal pasti bangunan. Pembinaan setiap UTC tidak lebih dua bulan dan semua perancangan UTC jika boleh nak siapkan kesemuanya tahun ini juga.

"Kerajaan juga menyediakan mini UTC dan ianya sudah dimulakan di Sentul, Kuala Lumpur," katanya selepas menyampaikan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) sebanyak RM1,000 setiap seorang kepada 2, 500 penerima dari Parlimen Tambun di Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun, dekat sini, hari ini.

Pada sidang media selepas melancarkan UTC Perak iaitu UTC ketiga dan terbesar di negara ini kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata setiap negeri, kecuali Wilayah Persekutuan akan mempunyai UTC dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kerajaan di bawah satu bumbung. - BH

No comments:

Post a Comment