My Add

Tuesday 26 February 2013

12 Mac tarikh bicara kes rompak cip mikro RM22 juta

BUTTERWORTH, SELASA, 26 Februari, 2013: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan tarikh 12, 16 dan 18 Mac ini untuk mendengar perbicaraan kes mencuri cip mikro unit pemprosesan komputer (CPU) bernilai RM22 juta milik sebuah kilang di kawasan Perusahaan Perai, Bukit Tengah di sini.

Hakim Nabishah Ibrahim menetapkan tarikh itu setelah mendapat persetujuan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

S. Thurai, A. Jaykumar, S. Somasundram, M. Ravindran dan G. Hari Kirusnan didakwa mencuri 268 kotak cip mikro CPU milik syarikat Moduslink Sdn. Bhd. di Lorong Perusahaan Maju 8, Kawasan Perusahaan Perai pada 2.26 pagi, 7 Oktober 2012.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sim.

Peguam Jagjit Singh mewakili Jaykumar, Ravindran diwakili peguam bela Rafael Abdullah manakala Thurai, Somasundram serta Hari Kirusnan tidak diwakili peguam. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment