My Add

Wednesday, 20 February 2013

17 projek di Greater Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Februari, 2013: Greater Kuala Lumpur telah menerima 17 projek melibatkan syarikat multinasional (MNC), yang akan melabur di pembangunan itu yang digelar destinasi pelaburan terbaik Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL, Zainal Amanshah berkata, 17 projek tersebut kebanyakannya dalam sektor perkhidmatan yang dipercayai akan menjana pekerjaan dan memberikan impak ketara pada Pendapatan Kebangsaan Kasar.

Beliau berkata, sasaran InvestKL adalah untuk menarik 100 MNC besar ke Greater Kuala Lumpur menjelang 2020 dan 'setakat ini kami masih mencapai sasaran'.

"Bagaimanapun, banyak lagi yang harus dilakukan terutamanya dalam mengekalkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai hub inovasi dan bakat," kata Zainal kepada pemberita selepas pembukaan pejabat serantau Altran oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Altran adalah sebuah syarikat perundingan bagi sektor aeroangkasa, automotif, tenaga, kereta api, kewangan, penjagaan kesihatan dan telekomunikasi.

"Tahun ini, kami menjangka kira-kira setengah dozen syarikat, yang dalam peringkat akhir perbincangan, untuk mengumumkan pelaburan mereka dalam Greater KL dan bagi kami, angka tidak penting tetapi kami melihat kualiti syarikat itu," katanya.

Zainal berkata, pelaburan yang dibuat oleh syarikat-syarikat ini adalah dalam bidang kejuruteraan hingga industri kimia.

"Kami juga melihat banyak minat sekarang dalam menjadikan Kuala Lumpur hub dagangan komoditi serantau.

"Kerajaan juga memberikan insentif yang dipanggil Insentif Global Untuk Dagangan yang diberikan kepada syarikat bukan petroleum berikutan minat yang dilihat di kawasan itu," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment