My Add

Wednesday, 20 February 2013

Ekonomi tumbuh sederhana

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Februari, 2013: The Royal Bank of Scotland plc (RBS) menjangka pertumbuhan ekonomi Malaysia akan berterusan didorong oleh pengukuhan permintaan domestik dan pemulihan eksport.

Ketua Penyelidikan Ekonomi Asianya, Sanjay Mathur berkata, menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mempunyai pertumbuhan eksport positif pada suku terakhir 2012, membuktikan Malaysia sudah mencapai kemuncak pusingan ekonomi dan bersedia untuk tumbuh dengan sederhana.

Beliau mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus tahun ini dan merekodkan angka yang sama bagi keseluruhan tahun 2013.

"Pertumbuhan ekonomi 5.5 peratus semasa persekitaran global masih mengalami ketidaktentuan adalah sesuatu yang sangat bagus.

Sukar untuk sesebuah negara mencapai kadar pertumbuhan sedemikian," katanya semasa memberikan taklimat media dan tinjauan masa hadapan ekonomi dan pasaran di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment