My Add

Tuesday 26 February 2013

2 pencetak Braille tingkat penghayatan OKU terhadap Islam

Oleh HASHNAN ABDULLAH
PUTRAJAYA, SELASA, 26 Februari, 2013: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)percaya dua unit mesin pencetak tulisan Braille bernilai lebih RM50,000 yang diterimanya buat pertama kali hari ini mampu meningkatkan lagi penghayatan ajaran Islam di kalangan orang kurang upaya (OKU) penglihatan.

Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Datuk Ali Mohamed berkata, ini kerana mesin itu membolehkan Jakim mencetak lebih banyak buku dan risalah ilmiah mengenai ajaran Islam.

"Dalam masa sama, Jakim sedar gerakan dakwah tidak boleh lagi bergantung kepada kaedah konvensional. Kita perlukan teknologi bagi memastikan kumpulan sasar dapat diperluaskan lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Mesin Pencetak Tulisan Barille yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment