My Add

Tuesday 26 February 2013

Biar PM putuskan siapa calon bertanding Parlimen Mas Gading - Tiki Lafe

BAU (Sarawak), SELASA, 26 Februari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja yang berhak membuat keputusan muktamad siapa akan menjadi calon di kerusi Parlimen Mas Gading pada pilihan raya umum ke-13, kata penyandang kerusi itu, Datuk Dr. Tiki Lafe.

Beliau juga percaya Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Tan Sri William Mawan perlu mematuhi keputusan dibuat Perdana Menteri kerana Barisan Nasional (BN) telah bersetuju menyerahkan kepada perdana menteri selaku pengerusi BN untuk membuat keputusan.

"Malah William Mawan tidak mempunyai kuasa (memuktamadkan pilihan calon BN bagi Mas Gading) kerana keputusan akhir terletak di tangan PM," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan siri pertama (10/2013) di Kem PLKN Puncak Permai NS di sini malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment