My Add

Friday 1 February 2013

4 'Spiderman' Vietnam tumpas

*DIN Ahmad (tiga dari kiri) menunjukkan barangan yang dirampas daripada kumpulan 'Spiderman' warga Vietnam yang aktif melakukan jenayah pecah kilang dan pejabat di sekitar Yong Peng, dekat Batu Pahat, Johor, semalam.

BATU PAHAT. 31 Januari, 2013: Empat lelaki warga Vietnam yang bertindak seperti 'Spiderman' memanjat bangunan kilang dan pejabat untuk merompak, diberkas polis minggu lalu.

Kesemua empat suspek ditahan bersama seorang rakan wanita senegara yang bersubahat sebagai pemerhati dan menjalankan kegiatan jenayah itu di sekitar Yong Peng sejak tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan pukul 3.40 pagi minggu lalu ketika memanjat bangunan sebuah kilang di pekan Yong Peng. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment