My Add

Friday, 1 February 2013

Tukang masak diperintah bela diri pecah rumah, samun, rogol

PETALING JAYA, KHAMIS, 31 Januari, 2013: Seorang tukang masak diperintah oleh Mahkamah Sesyen di sini membela diri atas pertuduhan pecah masuk rumah, menyamun serta merogol pemilik rumah tersebut, enam bulan lalu.

Hakim Balqis Aini Mohd. Ali memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Yusouf Mohd. Haflan, 28, di akhir kes pendakwaan hari ini.

Yusouf didakwa bersama-sama dua lagi yang masih bebas telah memecah masuk serta menyamun pemilik rumah tersebut yang merupakan seorang pekerja butik dengan mengambil pelbagai jenis barangan termasuk enam unit telefon bimbit dan sebuah kamera digital.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Persiaran Surian Pelangi Damansara di sini, antara pukul 3 pagi dan 11 malam, 31 Julai tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment