*AHLI Pas Pasir Gudang membuat bantahan secara aman berhubung isu kalimah Allah di Masjid Jamek Taman Cendana, Pasir Gudang, dekat Johor Bahru, semalam. - utusan/RAJA JAAFAR ALI
Oleh NOR AZAN FITRI
AHMAD HIDZIR
JOHOR BAHRU, SABTU, 16 Februari, 2013: Sekumpulan 20 individu mendakwa diri mereka ahli Pas Bahagian Pasir Gudang hari ini mengadakan demonstrasi aman membantah tindakan pemimpin pakatan pembangkang dari DAP dan PKR yang terus mempersoalkan keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu kalimah Allah.
Perhimpunan aman di pekarangan Masjid Jamek Taman Cendana, Pasir Gudang dekat sini berlangsung kira-kira 10 minit dengan para peserta membawa beberapa poster mengecam kepimpinan pakatan pembangkang.
Wakil kumpulan berkenaan, Abd. Razak Mansur melahirkan kekecewaan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh; Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana masih berdegil enggan menerima keputusan melarang penggunaan kalimah terbabit oleh orang bukan Islam. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment