My Add

Sunday 17 February 2013

Tempoh serah laporan berakhir, ROS siasat DAP

PUTRAJAYA, SABTU, 16 Februari, 2013: Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan memulakan siasatan terhadap kesahihan beberapa jawatan tertinggi dalam DAP selepas parti itu gagal mengemukakan penyata tahunan dalam tempoh ditetapkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, siasatan akan dilakukan terhadap pemilihan parti tersebut yang dicemari kesilapan pengiraan undi.

"Sehingga semalam, DAP belum lagi menyerahkan laporan kepada ROS dan ini bermakna tempoh yang diberikan kepadanya telah tamat.

"Saya dimaklumkan bahawa ROS kini boleh melakukan siasatan. Isu-isu melibatkan kesahihan jawatan tertentu dalam DAP akan disiasat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan program Jelajah Anak Malaysia, di sini hari ini.

Program jelajah Semenanjung itu bermula 30 Januari lalu dan akan diteruskan ke Sabah dan Sarawak selepas ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment