My Add

Monday 25 February 2013

"Argo" filem terbaik Anugerah Oscar

LOS ANGELES, ISNIN, 25 Februari, 2013: Filem arahan Ben Affleck, "Argo" dipilih sebagai Filem Terbaik pada majlis Anugerah Oscar yang berlangsung di sini, semalam.

Filem yang mengisahkan diplomat Amerika Syarikat (AS) yang mendapatkan perlindungan di Kedutaan Kanada di Teheran ketika krisis tebusan di Iran itu menyingkirkan lapan pencabar lain untuk memenangi anugerah paling berprestij itu.

Senarai pemenang anugerah Oscar 2013

Filem Terbaik: Argo

Pelakon Lelaki Terbaik: Daniel Day-Lewis (Lincoln)

Pelakon Wanita Terbaik: Jennifer Lawrence (Silver Linings Playbook)

Pengarah Terbaik: Ang Lee (Life of Pi)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Christoph Waltz (Django Unchained)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Anne Hathaway (Les Miserables)

Filem Bahasa Asing Terbaik: Amour dari Austria

Filem Animasi Terbaik: Brave

Filem Dokumentari Terbaik: Searching for Sugar Man

Lagu Asal Terbaik: Skyfall dari filem Skyfall

- AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment