My Add

Monday 25 February 2013


Wujud laman seperti Youtube promosi filem tempatan

KOTA KINABALU, ISNIN, 25 Februari, 2013: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bercadang mewujudkan rangkaian seperti Youtube bertujuan mengetengahkan filem-filem pendek dan dokumentari yang dihasilkan penggiat seni daripada institusi pengajian tinggi tempatan (IPT).

Pengerusi Finas, Datuk Md. Afendi Hamdan berkata, cadangan itu sedang dibincangkan kerana adalah amat merugikan apabila hasil kreativiti penuntut-penuntut berkenaan tidak dimanfaatkan sewajarnya.

"Jika kita lihat, Youtube sangat popular masa kini dan dalam kajian kita mendapati orang ramai boleh menghabiskan 12 jam sehari melayari Youtube,'' katanya ketika berucap dalam majlis promosi sempena sambutan Jubli Perak Festival Filem Malaysia Ke-25 dan penyampaian sijil penerbitan video di sini kelmarin.

Yang turut hadir, pelakon veteran, Datuk Mustafa Ma'arof dan Deddy M. Borhan; dua pelakon yang juga calon bagi kategori anugerah Pelakon Harapan Wanita iaitu Mon Ryanti dam Shima Anuar serta pengarah filem Bunohan, Dain Iskandar Said. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment