Banduan beri 'sumbangan' RM17 juta kepada penjara
KOTA KINABALU, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Sepanjang tahun lalu, Jabatan Penjara Malaysia memperoleh pendapatan sampingan lebih RM17 juta hasil jualan produk-produk keusahawanan yang dihasilkan oleh para banduan di penjara seluruh negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop (gambar) berkata, produk-produk berkenaan seperti perusahaan kolam ikan dan barangan hasil bengkel seperti batik, perhiasan dan perabot yang dijual kepada orang ramai serta melalui pengeluaran secara kontrak dengan syarikat-syarikat tertentu.
Menurutnya, kejayaan program pemulihan itu amat memberangsangkan kerana inisiatif itu memberikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada para banduan sebagai persediaan apabila dibebaskan nanti.
"Untuk perusahaan kolam ikan sendiri, Jabatan Penjara berjaya menjimatkan kos sehingga RM80,000 selama lima bulan bagi bekalan keperluan makanan kepada banduan-banduan seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Perantaraan Jabatan Penjara Sabah di sini semalam. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment