My Add

Saturday 9 February 2013

BN lancar jentera JKKP negeri Selangor

Oleh ROSALINDA MD.SAID

KUALA LUMPUR, SABTU, 09 Februari, 2013: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) negeri Selangor diseru memainkan peranan mereka sebagai jentera penting Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, peranan JKKP amat penting sebagai mata dan telinga kerajaan untuk memantau, mendengar mahupun menyampaikan pelbagai dasar.

"Saya amat berpuas hati dengan peranan yang dimainkan JKKP sehingga memungkinkan kita dapat menyempurnakan macam-macam projek dan perkhidmatan di Selangor.

"Bahkan, saya yakin pelancaran jentera JKKP dalam musim pilihan raya ini sebulat mungkin dapat membantu memberi sumbangan ke arah kekuatan BN di masa mendatang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Ramah Mesra bersama JKKP negeri Selangor di Institut Kemajuan Desa (Infra), Bangi dekat sini hari ini.

Hadir sama Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed serta Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Datuk Mohd. Safie Asnawi.

Dalam majlis itu, Shafie turut menyampaikan peruntukan elaun JKKP negeri Selangor untuk tahun 2013 sebanyak RM9.2 juta serta peruntukan elaun JKKK Orang Asli dan Tok Batin negeri itu berjumlah RM1.5 juta. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment