My Add

Saturday 2 February 2013

BN tidak pinggirkan masyarakat Siam di Kelantan: Awang Adek

BACHOK, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Barisan Nasional (BN) Kelantan akan memastikan masyarakat keturunan Siam di negeri ini tidak dipinggirkan dalam mendapat pembelaan kerajaan pusat, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi BN Kelantan berkata, walaupun mereka golongan minoriti, sokongan mereka diperlukan untuk kemenangan BN di negeri ini pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Ini bermakna undi mereka sangat bermakna kepada kemenangan BN," katanya kepada pemberita ketika menemui penduduk Kampung Baru Balai dan Tawang di sini, hari ini.

Awang Adek berkata, sebahagian besar masyarakat Siam tinggal di beberapa jajahan di Kelantan terutama di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Katanya, sumbangan mereka yang meliputi 10 peratus daripada jumlah pengundi di Kelantan tidak boleh diabaikan dan perlu diberi peluang untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripada kerajaan pusat seperti Rumah Mesra Rakyat dan pinjaman bank untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Awang Adek berkata, kebanyakan mereka yang hidup di kampung dan bergaul mesra dengan orang Melayu masih miskin, mempunyai tanah tetapi tidak mempunyai rumah sendiri.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment