My Add

Saturday, 2 February 2013

Protes terhadap Morsi berterusan

 *PASUKAN polis antirusuhan menahan seorang penunjuk perasaan apabila 
pertempuran berlaku berhampiran Dataran Tahrir, Kaherah. - AP

KAHERAH, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Beribu-ribu rakyat Mesir terus membanjiri jalan-jalan di bandar raya ini sebagai tanda menentang Presiden Mesir, Mohamed Morsi dan kumpulan Ikhwanul Muslimin.

Penunjuk perasaan tidak mempedulikan hujan untuk berarak ke Dataran Tahrir dan Istana Presiden sambil melaungkan perkataan "Kebebasan!" dan "Morsi tidak sah!"

Beribu-ribu lagi berarak di pelabuhan Iskandariah dan Port Said yang menjadi lokasi pertempuran selepas sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas 21 orang penyokong bola sepak berikutan insiden perkelahian di padang bola pada tahun lalu.

Kumpulan penentang yang terdiri daripada golongan berfahaman liberal dan berhaluan kiri itu mengadakan tunjuk perasaan semalam untuk menuntut satu kerajaan campuran. Mereka juga mendesak perlembagaan yang dicadangkan oleh golongan Islamis digubal semula.

 *PENUNJUK perasaan antikerajaan berarak di Dataran Tahrir, Kaherah semalam - Reuters
Tunjuk perasaan itu berlaku hanya selepas seminggu ketegangan yang menyaksikan hampir 60 orang terbunuh dalam krisis politik terburuk sejak Morsi dipilih sebagai presiden pada Jun lalu.

Sebelum ini, ulama terkenal, Imam Besar Ahmed al-Tayyeb mempengerusi dialog yang melibatkan ketua-ketua pembangkang, Islamis, kumpulan belia, bebas dan ahli-ahli gereja di ibu pejabat universiti Al-Azhar.

Hasilnya, mereka telah menandatangani satu dokumen Al-Azhar dan berikrar untuk menyokong dialog, selain mengutuk apa jua bentuk keganasan. - AFP/KOSMO

No comments:

Post a Comment