My Add

Monday 25 February 2013

BR1M: Ahli Pas perlu dapatkan penjelasan Nik Aziz

KUALA LUMPUR, AHAD, 24 Februari, 2013: Ahli-ahli Pas yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Awal Persekolahan RM100 perlu meminta penjelasan daripada Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sama ada mereka juga tergolong dalam kategori haiwan yang memakan hampas.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ahli-ahli Pas itu juga perlu mempersoalkan keangkuhan Menteri Besar Kelantan berkenaan yang enggan meminta maaf meskipun didesak pelbagai pihak.

"Saya takut Nik Abdul Aziz tidak tahu apa yang dinyatakannya sendiri. Perkara ini saya fikir ahli Pas perlu ke hadapan dan tanya Mursyidul Am mereka, macam mana dengan kami? Kami telah ambil BR1M.

"Ahli-ahli Pas kena berani. Jangan ambil duit lepas tu senyap saja, jangan pemimpin kata dia haiwan, dia pun sanggup dikatakan haiwan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor, Batang Kali, dekat sini hari ini. - UTSAN

No comments:

Post a Comment