My Add

Friday 1 February 2013

 Pas dicabar buktikan bukan ahlinya pijak bandera DAP

 MERTAJAM 31 Jan. - Pas dicabar untuk membuktikan bahawa pihak yang membuat demonstrasi serta memijak bendera DAP di hadapan pejabat Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini bukan ahli parti itu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Pas tidak boleh berdiam diri dan perlu menjawab dakwaan Karpal bahawa kumpulan itu bukan ahli Pas.

Menurutnya, dakwaan Karpal itu juga seolah-olah ingin menutup masalah hubungan dengan Pas terutama mengenai isu kalimah Allah.

"Saya juga nak tanya Karpal sama ada beliau boleh kenal seseorang itu ahli Pas atau tidak apabila mendakwa kumpulan terbabit bukannya ahli Pas tetapi orang upahan pihak tertentu.

"Saya juga nak cabar Pas supaya ambil tindakan terhadap ahli-ahli Pas ini sama seperti tindakan yang dikenakan terhadap Nasharudin Mat Isa (bekas Timbalan Presiden Pas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keibubapaan Menangani Isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di sini hari ini.. - UTUSAN..

No comments:

Post a Comment