My Add

Tuesday 26 February 2013

Empat maut dalam letupan bom

BANGKOK, ISNIN, 25 Februari, 2013: Sekurang-kurangnya empat orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera akibat letupan bom tangan ketika menyaksikan konsert di festival agama di wilayah Maha Sarakham, timur laut Thailand, awal hari ini.

Penguasa Balai Polis Daerah Nadoon, Kolonel Kritchai Saruamsri berkata, pihaknya ternampak seorang lelaki yang membawa objek yang dicurigai sedang berlari dari kawasan konsert kumpulan Ponglang Sa-orn.

Menurutnya, ketika pasukan keselamatan mendekati lelaki itu yang dikenali sebagai Winai Jed-ngam, 31, mereka melihat suspek memegang bom tangan M67 dengan pin keselamatannya telah dicabut.

"Dia kemudiannya menjatuhkan bom itu ke lantai dan menyebabkan berlaku satu letupan.

"Letupan tersebut menyebabkan empat orang terbunuh, termasuk dua anggota polis dan dua orang awam, manakala lebih 50 orang cedera, termasuk suspek," kata Kritchai.

Polis masih menyiasat motif serangan, tetapi mereka percaya ia adalah sebahagian daripada pertikaian yang berlaku di antara kumpulan bertelagah di wilayah tersebut.

Pengurus Ponglang Sa-orn, Somporn Rattanaprai berkata, seorang anggota kumpulan itu turut cedera dalam letupan tersebut. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment