My Add

Tuesday 26 February 2013

Maut di dalam penjara

*PENDUDUK Palestin mengangkat jenazah tahanan Palestin, Arafat Jaradat yang meninggal dunia di sebuah penjara Israel sebelum dikebumikan di bandar Hebron, kelmarin. - AFP

BAITULMAQDIS, ISNIN, 25 Februari, 2013: Seorang tahanan Palestin yang maut di sebuah penjara Israel kelmarin dipercayai didera sebelum meninggal dunia, kata pihak berkuasa Palestin, semalam.

Israel, bagaimanapun menyifatkan keputusan bedah siasat ke atas Arafat Jaradat, 30, adalah terlalu awal dan tidak membawa kepada sebarang keputusan.

Menteri Tahanan Palestin, Issa Qaraqea berkata, Jaradat mati akibat didera setelah pasukan patologi Palestin hadir pada bedah siasat Jaradat yang dijalankan Israel.

''Terdapat tanda-tanda penderaan di belakang, dada, satu luka dalam di atas bahu, luka di tulang belakang dan tanda seksaan di bawah kulit,'' katanya yang merujuk keputusan awal doktor Palestin. - Agensi/UTUSAN

No comments:

Post a Comment