My Add

Sunday 10 February 2013

Guan Eng belum dapat sahkan kehadiran rumah Terbuka 1Malaysia

GEORGETOWN, AHAD, 10 Februari, 2013: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih belum dapat mengesahkan kehadirannya ke Program Rumah Terbuka 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang berlangsung di Kolej Han Chiang di sini, esok.

Guan Eng ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di sini, berkata beliau akan memaklumkan sendri status kehadirannya ke program itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu berkata: "Saya akan beritahu sendiri (kehadiran) kepada Perdana Menteri, awak (wartawan) tunggu sidang media selepas ini kerana saya perlu melayan tetamu,"katanya.

Guan Eng berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang di Pusat Arena Sukan Antarabangsa (PISA) di sini, hari ini.

Kira-kira 3,000 tetamu hadir ke majlis berkenaan yang berlangsung dari jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Bagaimanapun, kumpulan wartawan yang menunggu Guan Eng untuk sidang media dijanjikan kecewa selepas Ketua Menteri itu enggan berbuat demikian.

Difahamkan, BN Pulau Pinang sudah menghantar surat jemputan Isnin lalu kepada Guan Eng dan barisan EXCO kerajaan negeri pimpinan DAP untuk menghadiri Program Rumah Terbuka 1Malaysia yang dijangka dihadiri kira-kira 80,000 tetamu esok. - BH

No comments:

Post a Comment