My Add

Tuesday 26 February 2013

Guru menangis lihat tindakan biadab NGO-R

KOTA BHARU, ISNIN, 25 Februari, 2013: Seorang guru kaunseling wanita berusia 54 tahun tidak dapat menahan perasaan sebak sehingga menitiskan air mata selepas menyaksikan tayangan video tindakan biadab anggota pertubuhan bukan kerajaan royalti (NGO-R) yang propembangkang menyebat patung Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu perhimpunan baru-baru ini.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Nara, Pasir Puteh, Ruzi Daud ternyata tidak dapat menahan perasaan hiba sehingga suaranya tersekat-sekat ketika menyuarakan isi hati keibuannya kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu dalam program Bicara Transformasi Kelantan yang berlangsung di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di Tanjong Chat di sini hari ini.

Dalam nada penuh kecewa dengan kejadian itu, Ruzi turut mempersoalkan apa akan jadi pada nasib anak cucu beliau sekiranya pemimpin pembangkang yang sanggup bersikap sedemikian, terus memimpin Kelantan pada masa hadapan. - UUSANT

No comments:

Post a Comment