My Add

Monday 25 February 2013

Harakah Daily putar belit titah ucapan Raja Nazrin

Oleh SUWARNI MOKHTAR (Utusan Online)
KUALA LUMPUR, ISNIN,, 25 Februari, 2013: Media rasmi Pas, Harakah Daily terus memutar belit titah ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah konon parti itu jauh lebih baik berbanding UMNO.

Media tersebut pada Rabu lalu melaporkan titah ucapan baginda pada majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah dimanipulasikan sehingga menggambarkan Raja Nazrin berpihak kepada parti tersebut.

Bagaimanapun, laporan tersebut telah disanggah oleh beberapa blog antaranya Cikgu Lin dan Info The Truth menuduh media tersebut telah berbohong.

Ekoran desakan itu, Harakah Daily telah menyiarkan permohonan maaf atas "kesilapan" tersebut dan menarik balik laporan tersebut serta digantikan dengan laporan baharu, semalam.

Laporan itu menggunakan tajuk "Pas kini sedia mengatasi UMNO - Raja Nazrin".

Berikut adalah kronologi laporan Harakah Daily berhubung titah ucapan Raja Nazrin pada majlis tersebut.

20 Februari - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16882-integriti-hayati-titah-raja-nazrin

23 Februari - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16954-raja-nazrin-antara-pas-dan-umno

24 Februari - http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16982-pas-kini-sedia-mengatasi-umno-raja-nazrin - UTUSAN

No comments:

Post a Comment