My Add

Sunday, 17 February 2013

Haramkan terus Xenophon masuk Malaysia

Azwanddin 
 KUALA LUMPUR, SABTU, 16 Februari, 2013: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa kerajaan kekal dengan keputusan mengharamkan Senator Australia, Nick Xenophon daripada menjejakkan kaki ke negara ini kerana individu itu giat mempromosikan kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya bimbang Xenophon akan turut mempromosikan budaya songsang tersebut dalam kalangan masyarakat di negara ini sekiranya dibenarkan masuk ke Malaysia.

"JMM bersama jaringan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain amat yakin golongan ibu bapa tidak sanggup melihat impian Xenophon jadi realiti.

"Kerajaan perlu tegas menghalang kegiatan LGBT mulai sekarang kerana kita sedar penyokong pakatan pembangkang dan ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menghalang usaha dan kegiatan Xenophon itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment