Iran temui simpanan uranium baharu
DUBAI, AHAD, 24 Februari, 2013: Iran semalam mendakwa mereka telah menemui simpanan baharu uranium mentah bagi menyokong pelaksanaan program nuklearnya.
Teheran pada masa sama telah mengenalpasti tapak bagi 16 loji janakuasa nuklearnya, beberapa hari sebelum rundingan dengan kuasa Barat ekoran pertikaian tentang program nuklear.
Pertubuhan Tenaga Atom Iran dalam laporan yang dipetik agensi berita IRNA semalam berkata, simpanan itu ditemui di `kawasan pantai selatan negara itu dan mengandungi tiga kali ganda uranium berbanding yang dianggarkan sebelum ini.
Bagaimanapun, tidak ada pihak yang mampu mengesahkan laporan itu dan dengan beberapa lombong uranium Iran, pakar dari Barat menjangkakan negara itu akan mengalami masalah bahan mentah uranium. - REUTERS/UTSAN
No comments:
Post a Comment