My Add

Sunday, 24 February 2013

Penentang mahu Mursi dihantar ke bulan

KAHERAH, AHAD, 24 Februari, 2013: Kumpulan penentang Mohamed Mursi mengundi untuk menghantar Presiden Mesir itu ke tempat yang masih belum dijejaki mana-mana pemimpin Islam sebelum ini, iaitu angkasa lepas.

Mursi muncul pendahulu dalam satu pertandingan dalam talian yang ditaja pembuat deodoran, Axe, yang mahu menghantar beberapa rakyat bertuah menaiki kapal angkasa yang dikendalikan oleh syarikat pelancongan angkasa, Space Expedition Corp.

"Dengan bantuan Tuhan dan di bawah jagaan-Nya, Mursi tidak lama lagi akan ke bulan,"kata kumpulan April 6 yang mendaftarkan Mursi dalam pertandingan itu. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment