My Add

Sunday, 24 February 2013

Isyarat kebangkitan rakyat
 
 *BEBERAPA peserta memijak dan menendang patung Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum konvoi 5,000 rakyat negeri Kedah menjelajah bermotosikal bermula di hadapan Masjid Zahir, Alor Setar, semalam.

Oleh SAFINA RAMLI
ALOR SETAR, SABTU, 23 Februari, 2013: Program jelajah konvoi bermotosikal dan kereta menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kota Setar merupakan isyarat kebangkitan rakyat Kedah menentang keghairahan pakatan pembangkang menggunakan kalimah Allah untuk tujuan politik.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sambutan menggalakkan yang diterima hari ini juga menunjukkan kesedaran di kalangan anak muda Kedah untuk menyelamatkan diri daripada terus diperintah oleh pakatan pembangkang semakin meningkat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment