My Add

Sunday 24 February 2013

Orang kuat Parti Demokratik Indonesia letak jawatan


*ANAS Urbaningrum melambaikan tangan ke arah para penyokongnya ketika keluar dari ibu pejabat Parti Demokratik di Jakarta selepas mengumumkan perletakan jawatannya semalam.

JAKARTA, SABTU, 23 Februari, 2013: Pengerusi parti pemerintah Indonesia, Anas Urbaningrum, 43, meletak jawatan semalam selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia menamakannya sebagai suspek dalam satu kes rasuah bernilai jutaan ringgit.

"Saya meletak jawatan sebagai pengerusi Parti Demokratik," kata Urbaningrum kepada pemberita dalam satu sidang akhbar.

Pada Jumaat, Urbaningrum dinamakan sebagai suspek rasuah kerana didakwa menerima suapan atau dijanjikan dengan hadiah dalam satu kes rasuah melibatkan projek pembinaan pusat sukan Hambalang, dekat Jakarta bernilai AS$120.5 juta (RM373.5 juta).

Peletakan jawatan Urbaningrum sudah dijangka kerana dia merupakan antara pegawai Parti Demokratik yang menandatangani 'pakatan integriti'. Mereka perlu meletak jawatan sekiranya dinamakan sebagai suspek kes rasuah.

Dakwaan ke atas Urbaningrum merupakan skandal rasuah terbaharu melibatkan parti pimpinan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menjelang pilihan raya pada tahun hadapan. - AFP/KOSMO

No comments:

Post a Comment