My Add

Tuesday 26 February 2013

Jangan malu bincang isu LGBT - Puad

 *SEBAHAGIAN daripada kira-kira 1,000 peserta yang hadir Seminar Keibubapaan Menangani Isu LGBT yang di rasmikan Dr. Mohd. Puad Zarkashi di UiTM Cawangan Pulau Pinang di Bukit Mertajam hari ini. - UTUSAN.SAZALI CHE DIN

Oleh NORAZLINA ISMAIL
BUKIT MERTAJAM, SELASA, 26 Februari, 2013: Masyarakat tidak perlu malu dan bersikap lebih terbuka untuk berbincang mengenai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) jika mahu benar-benar mahu gejala itu dibanteras segera.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, masyarakat harus memandang serius gejala berkenaan kerana LGBT bukan lagi isu yang berlaku di sekolah semata-mata sebaliknya melibatkan semua pihak.

"Kita perlu tahu bahawa masalah LGBT ini boleh ditangani dan seminar keibubapaan merupakan satu cara yang sesuai bukan untuk mendiskriminasi sebaliknya mendidik kumpulan yang terlibat dengan gejala ini supaya kembali ke pangkal jalan.

"Walaupun sesetengah negara mengiktiraf perhubungan dan perkahwinan sejenis, namun di Malaysia kita tidak boleh menerimanya kerana ia bukan sahaja ditentang agama, malah perlakuan itu juga terbukti membawa pelbagai keburukan kepada masyarakat," katanya.

Beliau berucap di Seminar Keibubapaan Menangani Isu LGBT anjuran Yayasan Guru Malaysia Berhad yang dihadiri kira-kira 1,000 orang peserta di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment