My Add

Tuesday 26 February 2013

Generasi muda jangan percaya manifesto pembangkang - Maglin

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Februari, 2013: Generasi muda di negara ini diingatkan jangan mudah menaruh kepercayaan terhadap segala janji yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, ini kerana pakatan pembangkang telah sekian lama dikenali dengan menjanjikan pelbagai jaminan dalam manifestonya namun hakikatnya kebanyakan manifesto adalah ibarat tin kosong yang tidak mempunyai sebarang isi kandungan.

"Manifesto pembangkang adalah semata-mata gimik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), dari dulu dia (pembangkang) cakap tapi tak pernah buat. Kita boleh tengok contohnya di Selangor, masalah jalan rosak, longkang tersumbat, banjir dan sebagainya.

"Sebab itu kita harap anak-anak muda fikir dan nilai sebelum mempercayai sesuatu manifesto yang dijanjikan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran filem Ops Kossa Dappa-3 'The Final Dappa' di sini hari ini.

Pakatan pembangkang semalam melancarkan manifesto PRU-13 yang antara lain menawarkan pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad keahlian DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang boleh diguna pakai di mana-mana plaza tol untuk mendapat tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Maglin berkata, gimik pakatan pembangkang melalui manifestonya itu juga menunjukkan pembangkang semakin ketandusan idea untuk meraih undi masyarakat pada PRU-13 dan cuba menunjukkan kesungguhan mereka melalui pelancaran manifesto itu yang kebanyakannya janji tidak ditepati. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment