Oleh HERMAN HAMID
PEKAN, SABTU, 16 Februari, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis meminta rakyat tidak terpedaya dengan slogan dan bendera besar kerana perkara itu tidak mampu menjamin kesejahteraan hidup.
Sebaliknya, menurut Perdana Menteri, agenda transformasi yang dilaksanakan kerajaan hari ini terbukti mengangkat kepentingan, darjat dan martabat rakyat serta negara.
"Oleh itu, jangan kita terpedaya. Kita tidak boleh hidup dengan slogan dan bendera besar. Apakah bendera boleh bawa anak sekolah, boleh baiki rumah kita?
"Jawapannya tidak sama sekali, tetapi transformasi boleh bantu kita dan buktinya hari ini, 7,000 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada kerajaan," katanya.
Beliau berucap dalam Majlis Kenduri Penduduk DUN Chini Bersama Perdana Menteri di Bandar Dara Chini, dekat sini hari ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun serta lebih 20,000 penduduk.
Sehubungan itu, Najib mengajak rakyat menilai cubaan pihak tertentu meniup semangat revolusi seperti yang berjaya menjatuhkan rejim pemerintahan Hosni Mubarak di Mesir menerusi slogan reformasi.
"Kalau reformasi itu bererti demonstrasi, baling kerusi, tentu tidak lebih baik daripada transformasi yang bermaksud rakyat dibantu, rakyat ditolong, rakyat diambil berat, BR1M diberi, bantuan persekolahan kita bagi dan banyak bantuan lain lagi kita beri.
"Inilah agenda transformasi negara tetapi reformasi tak beri ini semua," tegasnya sambil disambut tepukan gemuruh penduduk.
Sehubungan itu, menurut Najib, Barisan Nasional (BN) tidak perlu bermain dengan janji seperti pembangkang yang akhirnya dipenuhi janji kosong.
"Janji di Selangor banyak mana yang dah ditunaikan? Janji bayaran bulanan dekat ibu tunggal tetapi dah hampir lima tahun hapak pun tak dapat dan janji air percuma pun ramai yang hampa malah sekarang air pun tak ada.
"Inilah nasib orang termakan dengan janji dan janji itu tinggal janji, tetapi dengan kerajaan BN, Janji Ditepati. Dia (pembangkang) janji capati, kita janji ditepati," kata Perdana Menteri. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment