My Add

Saturday 9 February 2013

Jepun gesa China tunjuk pendekatan diplomatik

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 08 Februari, 2013: China beterusan melakukan tindakan provoaktif ke atas Jepun berhubung pertikaian wilayah maritim di Laut China Timur, bertujuan menukar keadaan yang ada melalui tindakan paksaan dan ugutan.

Kapal-kapal milik kerajaan China, pertama kali menceroboh wilayah perairan di kepulauan Senkaku pada 28 Disember 2008, turut dikenali sebagai Diaoyu di China, yang menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Jepun.

Tindakan China itu telah mendorong penduduk Jepun menyokong rancangan bekas Gabenor Tokyo, Shintaro Ishihara untuk membeli kepulauan itu, demikian menurut Kedutaan Jepun di Malaysia dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media Malaysia, di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, bagi mengelak impak negarif, hubungan dua hala antara Jepun-China, kerajaan Jepun membeli ketiga-tiga pulau di kepulauan Senkaku pada September lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment