My Add

Tuesday 26 February 2013

Kehebatan 'Big Nose' hidu gerakan komunis

IPOH, ISNIN, 25 Februari, 2013: Jika melihat susuk tubuhnya yang agak kecil dengan ketinggian hanya kira-kira 160 sentimeter, pasti tidak ramai menyangka Apot a/k Saad adalah seorang bekas anggota komando.

Di sebalik kekurangan itu, Apot sebenarnya cukup disegani ekoran ketangkasan dia menumbangkan musuh dalam sekurang-kurangnya 15 pertempuran dengan pengganas komunis sekitar tahun 1970-an.

Apot yang diserapkan dalam pasukan 69 Komando pada 1970 sangat terkenal dengan kemahirannya menghidu kesan tapak kasut komunis sehingga pernah digelar 'Big Nose' oleh tentera New Zealand ketika itu.

Tidak hairanlah, lelaki berketurunan Orang Asli itu sering diletakkan di barisan hadapan untuk mengesan tapak kaki atau kasut, patahan ranting kecil serta kesan calar pada akar batang pokok yang ditinggalkan musuh. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment