My Add

Tuesday 26 February 2013

Kastam sasar kutipan cukai RM34 bilion

KULIM, ISNIN, 25 Februari, 2013:Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan kutipan cukai RM34 bilion tahun ini selepas mencatatkan kutipan terbaik pada tahun lalu iaitu sebanyak RM32.2 bilion.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, pihaknya percaya jumlah itu mampu dicapai ekoran prestasi kutipan cukai dicatatkan agensi itu dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini melebihi sasaran iaitu hampir 11 peratus.

"Jika trend kutipan ini berterusan, kita jangka boleh capai matlamat kutipan (RM34 bilion) akhir tahun ini," katanya selepas menyerahkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bernilai RM100,000 untuk kegunaan Rumah Amal Kulim, di sini semalam.

Yang hadir sama ialah Pengerusi Rumah Amal Kulim, Datuk Mansor Mahmood; Pengarah Kastam Kedah, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif dan Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Zulkifli Yahaya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment