My Add

Sunday 24 February 2013

Kementerian Pelajaran diminta kaji semula silibus PBS

 *HASHIM Adnan (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada Guru Besar,
 Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Mas, Nik Mehamad Omar di Kota Bharu
hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH

Oleh YATIMIN ABDULLAH
KOTA BHARU, AHAD, 24 Februari, 2013: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu Kementerian Pelajaran mengkaji semula silibus dalam sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kerana mereka berasakan ia tidak bersesuaian dengan jumlah masa yang diperuntukkan mengikut jadual persekolahan di negara ini.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, gesaan tersebut dibuat selepas pihaknya mendapat maklum balas daripada orang ramai terutamanya warga pendidik dan ibu bapa.

"Perkara ini perlu diambil serius kerana guru akan terbeban dengan jadual persekolahan yang tidak dapat menampung jumlah silibus yang banyak untuk setiap mata pelajaran dan sekali gus ianya memberi kesan buruk kepada pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan NUTP sebanyak RM5,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Mas di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment